in ,

Rizab antarabangsa BNM merosot

bp06 rt bnm opr from BNM website
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merosot kepada AS$111.4 bilion pada 30 Jun 2023 daripada AS$113 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.

BNM dalam satu kenyataan berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

“Jumlah aset sebanyak RM622.48 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM522.05 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.60 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM60.09 bilion),” menurut kenyataan itu.

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM181.92 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.11 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM182.29 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.39 bilion), deposit-deposit lain (RM38.25 bilion), kertas Bank Negara (RM19.41 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.05 bilion). – nasionalkini.my

20230602 092923

Warga Singapura bergaduh di stesen minyak ditahan

anwar 329435962 3095282504103743 3928550737735609876n 20230329134342 facebook@anwar ibrahim

RM1 bilion setahun untuk Felda