KUALA LUMPUR, 7 Julai – Kerajaan telah meluluskan sebanyak RM1 bilion setahun bagi tempoh sedekad untuk Felda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu bagi meneruskan pembayaran sukuk Felda yang tertangguh oleh kerajaan sebelum ini.
“Saya dengan dukungan timbalan-timbalan perdana menteri, dan Jemaah Menteri menyatakan di sini… Saya luluskan dana hampir RM1 bilion setiap tahun untuk tempoh 10 tahun kepada Felda.
“(Ini bagi) jamin kelangsungan institusi gergasi (Felda) negara kita,” katanya ketika berucap dalam Hari Peneroka Felda di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) seperti dilaporkan Free Malaysia Today hari ini.
Katanya lagi, kerajaan juga meluluskan projek pemasangan lampu jalan seluruh kawasan Felda dan peruntukan mula disalur minggu depan. – nasionalkini.my