in

Aliran keluar asing di Bursa Malaysia menyederhana kepada RM20.79 juta

WhatsApp Image 2023 05 08 at 10.22.20
Bursa Malaysia - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR 8 Mei – Aliran keluar asing di Bursa Asing menyederhana buat minggu ketiga berturut-turut kepada RM20.79 juta berbanding RM187.79 juta pada minggu sebelumnya.

Ini berikutan minggu dagangan pendek sempena cuti umum Hari Buruh dan Hari Wesak masing-masing pada Isnin dan Khamis.

Laporan aliran dana mingguan MIDF Research menunjukkan pelabur asing menjual sebanyak RM60,000 ekuiti pada Selasa dan RM49.23 juta pada Rabu.

Pembelian ekuiti hanya direkodkan pada Jumaat sebanyak RM28.5 juta, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengejut dengan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3% pada Rabu.

“Ia menyaksikan pelabur asing lebih cenderung kepada saham-saham perbankan seperti Public Bank yang mencatat aliran masuk sebanyak RM30.5 juta diikuti Maybank (RM8.5 juta) dan RHB Bank (RM8.4 juta) manakala Yinson Holdings (RM11.7 juta),” katanya dalam laporan itu hari ini.

Tiga sektor mencatatkan aliran masuk asing paling tinggi bagi minggu berakhir 5 Mei 2023 itu iaitu telekomunikasi & media (RM25.2 juta), pengangkutan & logistik (RM11.1 juta) dan tenaga (RM10.9 juta).

Sektor perkhidmatan kewangan sebaliknya merekodkan aliran keluar asing paling tinggi sebanyak RM39.8 juta diikuti perkhidmatan & produk perindustrian (RM17.3 juta) dan penjagaan kesihatan (RM15.9 juta).

Firma itu mendapati, setakat tahun ini, pelabur asing telah menjual RM2.14 bilion ekuiti selama 12 minggu daripada 18 minggu.

Sementara itu, MIDF Research berkata, pelabur institusi tempatan mengekalkan rentak dagangan mereka dengan merekodkan pembelian ekuiti sebanyak RM53.2 juta pada minggu lalu.

“Pelabur institusi tempatan membeli bersih ekuiti sebanyak RM45.11 juta pada Selasa dan RM23.61 juta pada Rabu, sebelum kembali menjual ekuiti pada Jumaat sebanyak RM15.53 juta.

“Setakat ini, mereka dilaporkan membeli ekuiti sejumlah RM2.04 bilion dalam tempoh 13 minggu daripada 18 minggu keseluruhan tahun ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, menurut firma itu, pelabur runcit kembali menjual semula ekuiti sebanyak RM32.4 juta selepas dua minggu berturut-turut merekodkan pembelian ekuiti tempatan.

Sebanyak RM45.05 juta ekuiti dijual pada Selasa diikuti RM12.97 juta pada Jumaat, dengan hanya Rabu sahaja mencatatkan aliran masuk sejumlah RM25.62 juta.

Dalam tempoh dagangan 9 minggu daripada keseluruhan 18 minggu tahun ini, pelabur runcit telah membeli RM96.93 juta ekuiti tempatan.

Secara keseluruhan, MIDF Research mendapat purata nilai dagangan harian (ADTV) bagi pelabur institusi tempatan meningkat 0.9%, sebaliknya pergerakan pelabur runcit dan asing masing-masing menyusut 2% dan 7.6%. – NasionalKini.my

covid melonjak

Penilaian risiko COVID-19 pertengahan bulan depan

WhatsApp Image 2023 05 08 at 10.24.23

Dashcam bantu polis tangani isu pembuli jalan raya?