in

Melaka perlu 20,000 lagi beg darah

Melaka masih kekurangan 20,000 lagi beg darah untuk mencapai sasaran tahunan 35,000 beg keperluan pesakit di seluruh negeri termasuk di hospital swasta

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 24 Julai – Melaka masih kekurangan 20,000 lagi beg darah untuk mencapai sasaran tahunan 35,000 beg keperluan pesakit di seluruh negeri termasuk di hospital swasta.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata setakat bulan lalu, Hospital Melaka berjaya menerima 15,460 beg darah untuk kegunaan satu beg bagi setiap pesakit.

“Namun setakat ini bekalan darah kita masih mencukupi dan tidak berlaku kekurangan kecuali kita perlu mengejar sasaran tahunan 35,000 yang ditetapkan.

“Kempen menderma darah juga perlu diperkasakan untuk mencapai sasaran 35 hingga 40 orang bagi setiap 1,000 penduduk menderma darah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia di sebuah pusat beli belah di sini.

Mengulas lanjut, Dr Rusdi berkata mengikut rekod, HM berjaya menerima antara 27,907 hingga 30,730 beg darah daripada penderma setiap tahun antara 2018 hingga tahun lalu.

“Pada tahun lalu sahaja, kita menerima 30,730 beg darah dan sebahagian besarnya berjumlah 19,098 beg adalah untuk penggunaan pesakit kita manakala 8,708 beg lagi untuk kegunaan pesakit termasuk di hospital swasta negeri ini.

“Kita berharap lebih ramai masyarakat yang layak sudi tampil menderma darah untuk membantu pesakit yang memerlukan,” katanya.- nasionalkini.my

PM imam solat jenazah Allahyarham Salahuddin

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Salahuddin