in

PM bakal umum beberapa berita baik petang ini

anwarberahim7mac 1678338027
Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan beberapa berita baik buat seluruh rakyat Malaysia petang ini.

Difahamkan, sidang media pada pukul 2 petang itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran media sosial termasuk Facebook Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Perdana Menteri dalam program Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Pulau Pinang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh, Jumaat lalu menjelaskan beliau akan membuat beberapa pengumuman baik untuk semua rakyat, hari ini.

Pada Selasa lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming melalui ciapannya di Twitter memaklumkan yang Perdana Menteri dijangka mengumumkan satu lagi berita baik menjelang Aidilfitri tahun ini.

“Kerajaan Perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Nantikan!” ciapnya.

WhatsApp Image 2023 04 18 at 12.13.44 PM 1

Pasukan Court Soccer Indera Mahkota dapat tempat ke-3 Mubarak Cup

Fadhlina Sidek bernama

Keputusan STAM 2022 catat peningkatan