in

Keputusan STAM 2022 catat peningkatan

Fadhlina Sidek bernama
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

Banting, 18 April – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2022 menunjukkan peningkatan dengan gred purata nasional adalah 3.13 berbanding pada 2021 iaitu 3.15.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi gred purata sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula adalah 2.91 berbanding tahun 2021 iaitu 2.92, iaitu peningkatan sebanyak 0.01.

“Pencapaian peperiksaan STAM bagi sekolah KPM telah menunjukkan kualiti yang lebih baik. Saya percaya kejayaan ini adalah hasil usaha gigih semua pihak dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru, penyediaan kemudahan bilik darjah yang kondusif, bekalan buku teks dan lain-lain keperluan yang menyokong proses pembelajaran murid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan Peperiksaan STAM di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.

Katanya, calon peperiksaan STAM Tahun 2022 yang berdaftar adalah 4,634 orang meliputi calon sekolah KPM seramai 1,363 orang; Sekolah Menengah Agama Negeri (1,941 orang); Sekolah Menengah Agama Rakyat (259 orang); Sekolah Menengah Swasta (36 orang) dan calon persendirian (1,035 orang). – nasionalkini.my

anwarberahim7mac 1678338027

PM bakal umum beberapa berita baik petang ini

44282B29 A8F1 402E A0C3 CD6DB65235BC 1536x1061 1

Persalinan putih jadi simbolik, Puteri Sarah masih menanti pengakhiran