Kuala Lumpur, 18 April – Pasukan Court Soccer Indera Mahkota yang ditaja sepenuhnya oleh IKTBM Group Sdn. Bhd. berjaya meraih tempat ketiga kategori Bawah 15 Kejohanan Mubarak Cup yang berlangsung di WNZ Sport Arena, Puchong di sini.
Ini adalah kejohanan kali kedua yang ditaja sepenuhnya oleh IKTBM Group Sdn. Bhd. dan kali pertama ia dianjurkan adalah pada 6 Mac yang lalu bertempat di Kuantan.
Pasukan Court Soccer Indera Mahkota telah menyertai empat kali kejohanan sejak bulan Februari yang lalu.
Court Soccer yang telah ditubuhkan 17 tahun yang lalu di Kuala Lumpur oleh Hasan Kasim telah berkembang ke daerah Kuantan.
Berkat kegigihan pentadbiran Court Soccer Indera Mahkota yang berlatar belakang atlet professional telah membawa pasukan ini peringkat yang seterusnya hanya dalam tempoh 3 bulan. – nasionalkini.my