in

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara serentak

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram dihadapi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibicarakan bersama.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika semua kes itu disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Kata Wan Shaharudin, pendakwaan memfailkan permohonan itu semalam dan ia diserahkan kepada peguam bela hari ini, lapor BH.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan pada atau sebelum 30 Jun ini bagi pembelaan menjawab permohonan itu dan turut menetapkan 14 Julai bagi pendakwaan membalasnya.

Terdahulu, Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadiri prosiding sebutan kes pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti BERSATU dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 8.41 pagi tadi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dan Ketua Armada BERSATU, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilihat turut hadir di pekarangan mahkamah pada jam 8.55 pagi bagi memberi sokongan moral kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu. – nasionalkini.my

Russia ugut tamat perjanjian bijirin Laut Hitam

Kastam Batam gagal cubaan seludup syabu dari Malaysia