in

ADUN Kuala Sentul puji pendirian Muhyiddin

IMG 20230724 084639 800 x 500 pixel
Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUANTAN, 26 November – Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin menyambut baik keputusan bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai presiden BERSATU.

Beliau berkata, tindakan Muhyiddin mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan itu ketika berucap Khamis lalu sangat mengejutkan perwakilan.

“Perkara itu berlaku secara tiba-tiba dan kami memang tidak sangka Tan Sri akan membuat pengumuman berkenaan.

“Namun, selepas mesyuarat majlis tertinggi (MT) BERSATU diadakan pada sebelah malam, semua secara sebulat suara mengambil pendirian untuk menolak hasrat Tan Sri.

“Mujur juga apabila akhirnya Tan Sri kemudiannya mengumumkan akan meneruskan perjuangan bersama kami dan kekal sebagai presiden,” katanya yang juga ketua BERSATU Maran.

Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh ketika berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU Keenam 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, Selangor, Jumaat lalu mengumumkan hasratnya untuk berundur sebagai presiden parti.

Bagaimanapun, hasrat itu ditolak semua pimpinan utama BERSATU.

Muhyiddin kemudiannya menarik balik keputusan berkenaan selepas ‘dinasihatkan’ oleh isterinya.— nasionalkini.my

IMG 20230721 121045 800 x 500 pixel

Ahli PKR kini lebih 1 juta

IMG 20231128 112659 6 x 4 inch

MP Bukit Gantang umum sokong PM