in

Keistimewaan Dearland Park, bukan taman rusa semata-mata

116452241 625278724768566 9119679600872009109 n
Deeerland Park yang berada di Lanchang ini diwujudkan oleh Abdullah Ahmad Mahmud pada bulan Mac 1996.

Oleh Rayyan Rifqi

DAERAH Temerloh bukan sahaja terkenal dengan keenakkan masakan Ikan Patin tetapi juga beberapa tempat menarik termasuklah Dearland Park yang terletak di Bukit Rengit, Lanchang.

Terletak kira-kira 50 kilometer dari Temerloh, Dearland Park adalah destinasi taman rekreasi yang memukau dan menarik hati serta menjadi daya tarikan utama bagi pengunjung.

Deerland Park merupakan sebuah tempat yang menempatkan haiwan-haiwan seperti rusa, ular, burung dan pelbagai lagi. Ia juga merupakan sebuah tempat yang menarik oleh kerana kawasan sekitarnya dikelilingi oleh tumbuhan hijau.

WhatsApp Image 2023 07 16 at 3.23.41 PM
Pengunjung boleh memberi makan kepada rusa yang ada di Deerland Park

Deeerland Park yang berada di Lanchang ini diwujudkan oleh Abdullah Ahmad Mahmud pada bulan Mac 1996. Menariknya, bagi membangunkan Deerland Park ini, beliau sendiri yang memainkan peranan bagi segala kos dan juga penyelenggaraan tempat ini.

Selain rusa, terdapat banyak lagi haiwan-haiwan yang boleh dilihat di sini termasuk pelbagai burung liar daripada pelbagai spesis yang sentiasa berkeliaran di dalam kawasan Hutan Simpan Krau.

Tujuan utama Abdullah dalam pembinaan Deerland Park ini adalah untuk membantu kerajaan dalam memulihara dan mengekalkan populasi haiwan yang hampir pupus.

317935551 580948484035549 1605783541210481452 n
Antara haiwan yang ada dipamerkan di Deerland Park

Di samping itu, ia juga membolehkan orang ramai untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan bermesra dengan haiwan-haiwan yang ada.

Selain daripada haiwan, di sini juga terdapat taman herba yang spesimennya terdiri daripada Janggut Adam, Kacip Fatimah dan Pikering. Setiap satu herba ini mempunyai khasiat dan manfaatnya yang tersendiri. – nasionalkini.my

Info Deerland Park

Lokasi : Bukit Rengit, Lanchang, Pahang
Keluasan : 10 ekar
Waktu Operasi : 11 pagi – 6 petang (setiap hari kecuali Jumaat)

tass 1689490300

MPV rempuh taska, tiga termasuk kanak-kanak cedera

Kch 131022 jad CPelectmonsoon P1

Rokok, minuman keras bernilai lebih RM700,000 dirampas