in

Ambulans bawa mayat guru terbalik

Gambar oleh Orang Awam

CHUKAI, 16 Ogos – Ambulans membawa pesakit sudah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman terbalik selepas kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 1 Jalan Chukai-Air Putih di sini pada 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dipandu lelaki berumur 59 tahun membelok ke kanan dari persimpangan lampu isyarat, menghala ke Batu 2 1/2.

“Dalam masa sama, ambulans dinaiki pemandu berusia 37 tahun dan penumpang iaitu Penolong Pegawai Perubatan berusia 27 tahun serta pesakit yang juga guru berusia 55 tahun masuk ke arah laluan kenderaan pacuan empat roda itu dari sebelah kanan dan melanggar bahagian tepi belakang kenderaan itu.

“Akibat pelanggaran, ambulans terbalik terbalik ke sebelah kiri jalan.

“Pesakit pula disahkan sudah meninggal dunia sebelum kemalangan itu berlaku,” katanya kepada BH.

Beliau bekata, pemandu ambulans cedera ringan, sementara Penolong Pegawai Perubatan serta pemandu kenderaan pacuan empat roda tidak cedera.

“Mayat guru terbabit dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- nasionalkini.my

Wacana ilmu dedah teknologi dron

England layak ke final Piala Dunia Wanita