in ,

Mayat wanita warga emas ditemukan dengan kesan tikaman

logo polis 2 1651832730
Gambar hiasan

PARIT BUNTAR, 24 Mei – Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman pada leher dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Tersusun Simpang Lima di sini semalam.

Mayat mangsa berusia 61 tahun berkenaan ditemukan oleh jirannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis sekitar jam 6.45 petang.

Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan luka potong dan luka tikaman pada telinga, leher dan pipi mangsa.

“Terdapat juga kesan lebam di lengan mangsa dipercayai berlaku pergelutan dengan suspek ketika cuba mempertahankan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek memecah masuk rumah mangsa berikutan terdapat kesan umpil pada tingkap.

“Bagaimanapun, tiada barang berharga milik mangsa yang hilang. Mangsa tinggal sendirian di rumah berkenaan. Mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan kesan luka tikaman pada leher,” katanya.

Kata Mohd Yusri, usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 05-721222 bagi membantu siasatan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 24 at 5.03.06 PM

Harga diesel dan petrol RON97, RON95 masih kekal

349131205 630326608702290 7692306769202708128 n

Bekas pegawai tentera terharu terima kunjungan Sultan Ibrahim