in

Empat mayat mangsa bot terbalik ditemukan Maritim Malaysia di perairan Sabah

20221114 altimet his fb
Anggota Maritim Malaysia mengangkat mayat keempat dipercayai kru kapal MV Tung Sung yang terbalik di perairan Pulau Burung, petang semalam.

KOTA KINABALU – Empat mayat dipercayai kru kapal MV Tung Sung ditemukan sekumpulan nelayan tempatan di perairan Pulau Burung dekat sini, petang semalam.

Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md. Yunus berkata, tiga mayat ditemukan terapung sekitar 15 batu nautika timur laut Pulau Burung pada pukul 2.30 petang.

Beliau berkata, sejurus menerima maklumat berkenaan, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching telah ke lokasi penemuan mayat berkenaan dengan KM Kota Kinabalu.

“Tiga mayat yang ditemukan pasukan penyelamat itu kemudian dibawa ke jeti Awam Sebuyau.

“Sekitar pukul 5.25 petang, KM Kota Kinabalu diarahkan ke sektor pencarian baharu dan menemukan satu lagi mayat,” katanya menerusi hantaran Facebook malam tadi.

Keluasan sektor pencarian yang dilakukan ketika ini adalah 130.28 batu nautika persegi melibatkan kekuatan seramai 87 pegawai dan anggota pelbagai agensi.

Sebanyak enam aset telah diatur gerakan untuk Op. Carilamat sejak semalam melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Polis Marin (PPM), Sarawak Coast Guard (SCG), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Beliau berkata, identiti kesemua mayat yang ditemukan belum dikenal pasti identiti dan diserahkan kepada pihak Polis Daerah Sebuyau dan pihak kesihatan siasatan lanjut.

“Op Carilamat masih diteruskan bagi mencari baki mangsa masih hilang,’ katanya.

muzium

Muzium Naning dibaik pulih, usaha menuju TMM2024

WhatsApp Image 2023 07 23 at 2.07.28 PM

Warga Indonesia miliki MyKad palsu dicekup JPN