in

Hadi Baya bukan wakil masyarakat Orang Asli Johor

WhatsApp Image 2023 07 03 at 7.06.06 PM
Seorang penduduk Kampung Orang Asli Kemidak, Bekok, Sani Julai berkata, penduduk kecewa atas pengakuan Hadi yang mengaku dirinya sebagai wakil Batin Kampung Kemidak.

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 3 Julai – Kenyataan yang dikeluarkan Hadi Baya pada 26 Jun lalu dan mendakwa dirinya wakil masyarakat Orang Asli Johor bersifat peribadi.

Seorang penduduk dari Kampung Orang Asli Kemidak, Bekok, Sani Julai berkata, penduduk kecewa atas pengakuan Hadi sebagai wakil Batin Kampung Kemidak di sini kerana setakat ini mereka tidak pernah melantiknya sebagai wakil batin dan wakil Orang Asli negeri Johor.

“Sebelum ini Hadi ada menyatakan kepada saya beliau menyokong tindakan Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor (JPOAJ) berhubung isu Tanah Kesultanan.

“Hadi sendri mengaku bahawa beliau tidak pernah dilantik oleh mana-mana pihak dan mengakui bahawa langsung tidak memahami isi kandungan Enakmen Tanah Kesultanan,” katanya di sini hari ini.

Pada 26 Jun lalu, Hadi.memberitahu dia mewakili masyarakat Orang Asli di negeri ini memohon maaf atas tindakan JPOAJ yang melakukan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Johor, 8 Mei lalu.

Dakwanya, dia mewakili golongan itu menyatakan kekesalan atas tindakan JPOAJ mengadakan demonstrasi aman melibatkan seramai 200 masyarakat Orang Asli Johor

Sani berkata, ahli keluarga Hadi sendiri tidak bersetuju dengan kenyataan dikeluarkan bertujuan untuk memburukkan JPOAJ.

“Ini kerana tindakan tersebut akan menjejaskan nama baik bapanya sebagai Tok Batin Kampung Kemidak.

“Penduduk Kampung Kemidak berdiri teguh dan menyokong perjuangan JPOAJ yang berjuang secara konsisten dalam membawa suara Orang Asli Johor terutama dalam perjuangan hak tanah,” jelasnya.

malah, Sani berkata, hampir 90 peratus masyarakat Orang Asli di negeri ini menyokong tindakan dibuat JPOAJ. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 03 at 5.17.30 PM 1

Maut makan ikan buntal, tunggu maklum balas pihak pendakwaan

penerangan

Tragedi kepala air: MB pertimbang tubuh jawatankuasa kenalpasti lokasi panas