KAZAN, 3 Ogos – Gara-gara terlalu mengamalkan diet melampau dan hanya mengambil buah-buahan eksotik, seorang pempengaruh Russia dilaporkan meninggal dunia.
Memetik Dailymail.co, Zhanna D’Ar atau nama sebenarnya Zhanna Samsonova didakwa meninggal dunia di negara ini pada 21 Julai lalu selepas mengamalkan makanan mentah berasaskan sayuran dan buah-buahan selama 10 tahun.
Wanita berusia 39 tahun itu juga dikatakan pernah pernah `berpuasa secara berterusan’ selama beberapa hari.
malah, wanita pelik itu juga hanya mengamalkan minuman jus buah-buahan dan sayuran tanpa meminum air kosong selama lebih enam tahun
Pempengaruh media sosial itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di laman Instagram sudah mengembara ke seluruh Asia sejak 17 tahun lalu.
Akhbar Vechernyaya Kazan melaporkan, ibu Zhanna iaitu Vera Samsonova mengaitkan kematian anak perempuannya berpunca akibat jangkitan bakteria seperti kolera, yang diburukkan lagi dengan pengamalan diet ekstrem itu.
bagaimanapun, sehingga kini punca kematian Zhanna masih belum diketahui memandangkan keluarganya dalam proses membawa pulang mayat itu ke Russia. – Agensi