in

EMRAZ beri jaminan bayar semula duit jemaah terjejas

emraz
Emraz komited memastikan mereka yang terjejas dalam penerbangan umrah akan mendapat semula wang

KUALA LUMPUR,23 Mei – Emraz Travel and Tours Sdn. Bhd. (Emraz) memberi jaminan untuk membuat  pembayaran balik kepada jemaah yang terjejas. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Endut berkata, proses itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan komited menyelesaikan permasalahan berkenaan  sekiranya  jemaah yang terlibat memberi kerjasama kepada syarikat.

“Kami hanya meminta jemaah supaya hanya merujuk kepada syarikat untuk mendapatkan info yang sahih berkaitan isu yang dihadapi ketika ini.

“Emraz komited memastikan mereka yang terlibat mendapat semula wang mereka,” katanya menerusi kenyataan,hari ini.

emraz zul
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zulkarnain Endut berkata, proses itu akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan komited menyelesaikan permasalahan berkenaan

Zulkarnain pada masa sama menafikan dakwaana Emraz akan menutup operasinya seperti mana tular di media sosial.

“Pihak syarikat bertindak menghantar semula jemaah ke Tanah Suci sebagai langkah memulihkan semula perkhidmatannya dan mengembalikan kepercayaan pelanggan selepas berdepan dengan isu beberapa bulan lalu,” katanya.

Pada 15 hingga 19 Mei lalu, Emraz telah membuat dua penerbangan bagi menilai sendiri kos pengurusan jemaah dapat dilakukan dengan jumlah operasi yang lebih kecil berbanding sebelum ini.

Katanya, seramai 82 jemaah telah diterbangkan dalam dua trip pemulihan yang dilaksanakan itu dan diharap pemulihan operasi dapat dilaksanakan selepas musim umrah yang akan dibuka selepas musim haji. – nasionalkini.my

urusan

Henti sebar video proses bawa turun jenazah Awang Askandar

Lelong2

JPJ Perak rekod kutipan RM487,750 hasil lelongan kereta sita