in ,

Jenazah Awang kini berada Kathmandu, dijangka tiba di tanah air Sabtu ini

awang askandar 1
Jenazah Awang Askandar yang juga Pengarah  Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, akan melalui proses bedah siasat dan urusan dokumentasi.

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat tiba di TU Teaching Hospital, Kathmandu, Nepal kira-kira pukul 4.30 petang (waktu tempatan), hari ini.

Kementerian Luar menerusi kenyataan memaklumkan, jenazah Awang Askandar yang juga Pengarah  Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, akan melalui proses bedah siasat dan urusan dokumentasi.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan berkata, proses bedah siasat dan urusan dokumentasi dijangka mengambil masa selama dua hari.

“Jika semua proses berjalan lancar, jenazah dijangka tiba di tanah air selewat-lewatnya Sabtu ini, katanya yang turut berada di hospital untuk menyambut ketibaan jenazah serta membantu melancarkan proses pengurusan jenazah.

jenazah awang 1
Pasukan pendaki ME2023 memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang sebaik jenazah tiba di EBC tengah hari tadi.

Terdahulu, Awang Askandar meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak tertinggi dunia yang mempunyai ketinggian 8,848 meter dari paras laut.

Ketika itu Allahyarham bersama seorang lagi pendaki negara, Muhammad Hawari Hashim, 33, sedang melakukan pendakian pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut dan hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak.

Pada masa sama  kementerian turut memaklumkan bahawa proses mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi pendaki, Muhammad Hawari Hashim masih diteruskan.

Bagaimanapun , sekiranya Muhammad Hawari masih gagal ditemui sehingga 28 Mei ini, misi SAR terpaksa dihentikan berikutan musim aktiviti pendakian ke Gunung Everest akan berakhir Jumaat ini. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 24 at 8.56.58 PM

Kerjasama ulung Aizat, Ajai ‘menjadi’

WhatsApp Image 2023 05 24 at 9.02.49 PM 1

Italiano bawa Fiorentina kembali ke zaman gemilang