in ,

Italiano bawa Fiorentina kembali ke zaman gemilang

WhatsApp Image 2023 05 24 at 9.02.49 PM 1
Jurulatih Fiorentina, Vincenzo Italiano

Iskandar Zulkarnain

SELEPAS Jurulatih Brighton & Hove Albion, Roberto De Zerbi, secara peribadi Vincenzo Italiano mungkin pengemudi muda paling menyerlah berasal dari Itali.

Italiano berbeza, beliau tidak mewarisi sistem tiga tembok dan lebih berminat ke arah modenisasi.

Sistemnya pernah mengangkat nama Dusan Vlahovic sebagai penyerang ‘panas’ di Eropah suatu ketika dahulu.

Prestasi yang tak mungkin dapat dikembalikan jika melihat kepada pendekatan Massimiliano Allegri di Juventus.

Malah, ia menjadikan Fiorentina sebagai pasukan pertengahan yang mampu mengejutkan elitis.

WhatsApp Image 2023 05 24 at 9.03.12 PM 1
Fiorentina bakal beraksi di saingan akhir Coppa Italia 2023 bertemu Inter Milan pada awal pagi ini.

Buat pengetahuan, sejurus selepas AS Roma memenangi UEFA Conference League tahun lalu, Italiano ada melaungkan janji.

Pada ketika itu ramai melihat apa yang dikatakan sebagai memborak sahaja namun ia telah dibuktikan.

Italiano berjanji kepada pemilik Fiorentina, Rocco Commisso untuk membawa kelab tersebut mengapai nikmat piala di Eropah.

12 bulan berlalu, nampak gaya janji tersebut tidak ‘dicapatikan’ susulan keberadaan La Viola di perlawanan akhir.

UEFA Conference League bukanlah satu-satunya piala dikejar musim ini.

Fiorentina bakal beraksi di saingan akhir Coppa Italia 2023 bertemu Inter Milan.

Dua finalis peringkat Eropah namun pada strata berbeza bakal bersaing awal pagi ini.

Kejayaan Coppa Italia mungkin boleh menjadi pengubat kepada prestasi hambar mereka di liga.

Fiorentina menduduki tangga ke-11 Serie A dan bakal terlepas pentas Eropah musim depan.

Mungkin Italiano sudah tepu, situasi sama pernah dilalui De Zerbi ketika di Sassuolo.

La Viola pekat dengan sejarah bola sepak, mereka suatu ketika pernah memiliki deretan pemain terbaik dunia.

Jurulatih veteran Fabio Capello pernah menceritakan bagaimana legenda Argentina, Gabriel Batistuta begitu mencintai Florence dan perpindahan ke kota Rom sebagai menyakitkan.

Batistuta atau Batigol berpindah ke AS Roma pada tahun 2000 selepas Fiorentina berdepan dengan masalah kewangan.

Kali terakhir mereka menjulang piala di peringkat Eropah adalah pada tahun 1961 dalam saingan Cup Winner Cup.

Ia selepas kejayaan mengalahkah Rangers dalam perlawanan akhir yang dibuat secara timbal balik.

Justeru, meskipun sekadar UEFA Conference League ia membawa makna bagi peminat yang menunggu lebih 60 tahun untuk merasai keseronokan seperti ini. -nasionalkini.my

awang askandar 1

Jenazah Awang kini berada Kathmandu, dijangka tiba di tanah air Sabtu ini

alqa

Malaysia kecam Ben-Gvir ceroboh masjid al-Aqsa