in

Lantikan Haris Salleh tepat pada masa

AJK UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud (tengah) yakin dengan kemampuan Haris Salleh

JERANTUT, 13 Mei – Kelulusan usul dikemukakan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sidang DUN Pahang hari ini bagi melantik Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah sebagai ADUN lantikan amat bersesuaian.

Ini kerana Haris Salleh adalah seorang peguam yang dikenali dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.

Ketua UMNO Cawangan Jengka 24, Razak Daud berkata, pemilihan Haris Salleh juga dibuat secara teliti oleh Wan Rosdy, selain dipersetujui oleh barisan Exco Kerajaan negeri yang bermesyuarat sebelum ini.

“Saya mewakili ahli akar umbi UMNO Cawangan Jengka 24 sangat teruja dengan pelantikan dibuat Menteri Besar dan yakin Haris Salleh dapat menjalankan tugas dengan baik.

“Selain itu, kepakaran dan kebolehan dimiliki Haris Salleh juga dapat memberi manfaat kepada kerajaan Pahang dalam menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri maju,” katanya yang juga AJK UMNO Bahagian Jerantut.

Razak memaklumkan pimpinan UMNO Bahagian Jerantut menyokong penuh lantikan itu dan berterima kasih atas kepercayaan Kerajaan Pahang terhadap Haris Salleh.

“Semoga pelantikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak, baik di peringkat Jerantut dan negeri Pahang,” katanya. – nasionalkini.my

Sederhana tapi meriah di Jerantut

Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Indera Mahkota meriah