KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada LYNAS untuk memulakan semakan kehakiman terhadap syarat lesen operasinya di Malaysia.
Kebenaran permohonan kebenaran semakan kehakiman syarikat pengeluar nadir bumi Australia itu diberikan, berikutan tiada bantahan dibangkitkan Jabatan Peguam Negara (AGC), lapor Malaysiakini.
Dengan kebenaran itu, mahkamah sivil kemudian akan menetapkan tarikh pendengaran untuk mendengar hujahan lisan mengenai merit semakan kehakiman.
Pada 27 Julai lalu menerusi satu kenyataan media, Lynas berkata cabaran undang-undang yang difailkan itu adalah untuk membatalkan syarat-syarat sekatan pengimportan dan pemprosesan pekatan lantanid selepas 1 Jan tahun depan.- nasionalkini.my