in

Bekalan ternakan untuk korban mencukupi

341266328 1276275783322529 5343845094067841031 n
Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 26 Jun – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan lembu dan kerbau tempatan bagi penyembelihan sempena Hari Raya Aidiladha adalah mencukupi dan memenuhi keperluan.

DVS dalam satu kenyataan berkata, mengikut statistik pihaknya, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sehingga Mei 2023
adalah sebanyak 34,946 ekor, manakala bekalan yang diimport sehingga April 2023 pula adalah sebanyak 4,911 ekor.

“Jumlah keseluruhan bekalan untuk lembudan kerbau bagi tujuan korban adalah 39,857 ekor.

“Bagi kambing dan bebiri, bekalan tempatan untuk penyembelihan hari raya korban sehingga Mei 2023 adalah 25,821 ekor manakala yang diimport sehingga April 2023 adalah sebanyak 4,167 ekor,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, berdasarkan anggaran bekalan ternakan daripada perangkaan DVS adalah dijangka mencukupi untuk menampung permintaan sembelihan korban pada tahun ini sebanyak 38,404 ekor lembu/kerbau dan 20,420 ekor kambing/bebiri.

“Di samping itu, DVS telah mengeluarkan lesen kepada 38 buah rumah sembelih swasta di Semenanjung Malaysia yang boleh
memberi perkhidmatan penyembelihan bagi tujuan korban,” katanya. – nasionalkini.my

0E665D34 2530 4315 9E61 757AC25FA140

Bekalan telur cukup tahun ini, kata persatuan

FauziAbdulRahman

Bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota dilantik Pengerusi MyHSR