in

Tempat persendirian di Pahang boleh laksana penyembelihan korban

korban 9
gambar hiasan

KUANTAN, 14 Jun – Tempat-tempat persendirian seperti rumah individu, maahad tahfiz, pondok persendirian dan premis persendirian dibenarkan untuk melaksana penyembelihan ternakan korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak berkata, bagaimanapun, premis ini perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.

“Bagi memastikan aktiviti penyembelihan ternakan korban dilaksana dengan teratur, bersih, dan mengambil kira aspek status penyakit ternakan, kebajikan haiwan dan keselamatan makanan, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang telah menyediakan Prosedur Pelaksanaan Penyembelihan Luar Ibadah Korban Negeri Pahang.

“Antara prosedurnya adalah sumber bekalan ternakan daripada pembekal atau trader tempatan iaitu di dalam negeri Pahang sendiri dan bersetuju menjalankan proses sembelihan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Datuk Seri Mohd. Soffi Abd. Razak

“Selain itu, pengendali tempat sembelih juga perlu berpengalaman dalam pengendalian ternakan sembelihan, proses penyembelihan dan aktiviti berkaitan selain perlu memastikan SOP dilaksanakan mengikut ketetapan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Sementara itu katanya, sehingga 13 Jun 2023 kemasukan ternakan bagi aktiviti penyembelihan telah direkodkan bermula Mei 2023 adalah 756 ekor ternakan dan dijangka pertambahan permit pergerakan dikeluarkan dalam tempoh 2 hingga 3 minggu ini sebelum hari raya korban. – nasionalkini.my

352186022 817710733046100 4632773988623343306 n

RM1.827 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang OKU

353802255 793236662160172 8713378281013204033 n

Biasiswa Kerajaan Kelantan buat Muhammad Syahril