in ,

PAS Pahang zahir takziah pemergian ADUN Pelangai, sifatkan Allahyarham pemimpin komited

pesuruhjaya Pas pahang
Pesuruhjaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar menyifatkan kehilangan Johari sebagai yang besar kerana beliau adalah antara pemimpin yang komitmen dengan amanah yang diberikan.

KUANTAN, 17 Ogos – PAS Pahang menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat ringan di perumahan Elmina, Shah Alam, Selangor, petang tadi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar menyifatkan kehilangan Johari sebagai yang besar kerana beliaua adalah antara pemimpin yang komitmen dengan amanah yang diberikan.

pas pahang
Allahyarham Datuk Seri Johari Harun

“Seluruh keluarga besar PAS turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham termasuk ahli keluarga sembilan lagi mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.

“Walaupun masih baharu memegang jawatan sebagai Exco dan ADUN, tetapi peribadi disenangi oleh kawan dan lawan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, malam ini.

Beliau pada masa sama turut merakamkan ucapan takziah buat seluruh warga UMNO Pahang dan penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Rosli berharap seluruh ahli keluarga allahyarham tabah dan bersabar dengan ujian daripada Allah dan segala urusan dipermudahkan.

Allahyarham Johari daripada Barisan Nasional (BN) menang di DUN Pelangai, Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tahun lalu, dengan majoriti 4,048 undi.

Beliau menewaskan tiga calon lain daripada Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Allahyarham mendapat undi sebanyak 7,308 di kawasan itu. – nasionalkini.my

Anwar ucap takziah kepada mangsa, keluarga insiden pesawat terhempas

368603968 832686281640108 1413058685732947731 n

Pemergian Allahyarham Johari kehilangan besar kepada Negeri Pahang – Agong