in

149 keluarga di Pontian terharu terima rumah baharu bernilai RM150,000

daim rumah 1
Seorang penerima rumah baru, Daim kamdar menyifatkan penyerahan kunci rumah baharu sebagai hadiah istimewa dalam hidupnya.

PONTIAN, 18 Jun – Penantian hampir 10 tahun kepada 149 keluarga dari tiga  kampung untuk memiliki rumah baharu akhirnya menjadi realiti apabila masing-masing menerima kunci rumah baharu, hari ini.

Lebih indah kunci ‘syurga baharu’ itu diserahkan sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn HafizGhazi dalam majlis penuh bersejarah di  Dewan Serbaguna Benut, hari ini.

Rumah berkembar yang bernilai RM150,000 dibina khusus kepada penduduk dari tiga kampung berkenaan ialah Kampung Nelayan, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Sungai Sanglang yang sering berdepan banjir kesan fenomena air pasang.

Seorang daripada penerima, Daim Kamdar berkata, dia bersama tiga anak dan isteri tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharu bagi membuat persediaan menyambut hari raya haji.

Malah warga emas berusia 60 tahun itu menyifatkan penyerahan kunci berkenaan sebagai hadiah isitimewa dalam hidupnya sempena sambutan Aidiladha yang akan disambut tidak lama lagi.

Dia yang bekerja sebaga pemandu bas bersyukur kerana kerajaan banyak membantu keluarganya dan jiran di kampungnya sehingga membolehkan mereka semua mendapat rumah baharu yang lebih selesa.

“Sejak kecil saya tinggal di Kampung Sri Tanjung. Rasa sedih sebab akan tinggal rumah yang menjadi tempat saya dan anak-anak membesar. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 18 at 5.35.22 PM

Arif Aiman lakukan 11 hantaran cipta jaringan buat JDT hingga 9 Jun lalu

20230618 194829

The Pocket Rocketman raih emas lagi