in

Arif Aiman lakukan 11 hantaran cipta jaringan buat JDT hingga 9 Jun lalu

WhatsApp Image 2023 06 18 at 5.35.22 PM
Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi membuat 11 assist atau hantaran yang mencipta jaringan buat Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini

Oleh Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 18 Jun – Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi membuat 11 assist atau hantaran yang mencipta jaringan buat Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini sehingga 9 Jun lalu.

Forestieri mencipta tujuh hantaran mencipta jaringan buat skuad Harimau Selatan untuk tempoh sama diikuti masing-masing empat oleh Matthew Davies, Leandro dan Diago.

JDT dalam laman Facebook rasminya menyatakan, Juan Muniz mencipta tiga hantaran dan dua oleh Endrick.

Sembilan pemain JDT masing-masing mencipta satu hantaran iaitu, Bergson, Corbin-Ong, Feroz, Afiq dan Shahrul.

Empat lagi pemain adalah Syahmi, Akhyar, Ramadhan dan Lowry.

Dalam bola sepak, assist adalah hantaran yang terus mencetuskan gol.

Tidak kira penjaring gol itu melakukan rembatan terus ataupun mengawal bola dahulu dan merembat ataupun menggelecek bola yang diterima dan melakukan jaringan. – nasionalkini.my

Untitled design 1 3

PRN: 99.7 agihan kerusi BN-PH selesai, hanya sembilan belum muktamad

daim rumah 1

149 keluarga di Pontian terharu terima rumah baharu bernilai RM150,000