TOKYO, 2 Jun – Pihak berkuasa Jepun pada Jumaat mengeluarkan arahan agar 138,700 penduduk di wilayah selatan negara itu berpindah, berikutan taufan Mawar semakin menghampiri pantai tenggara negara itu, lapor Sputnik.
Amaran tertinggi, iaitu amaran tahap lima dikeluarkan di wilayah Wakayama membabitkan lebih 12,000 penduduk, manakala amaran tahap empat, diisytiharkan di 13 wilayah, lapor penyiar Jepun NHK.
Pada masa ini, taufan itu berada kira-kira 52 kilometer (32 batu) timur-tenggara dari pantai Okinawa.
Pakar cuaca menjangkakan pulau Shikoku menerima curahan hujan sekitar 350 milimeter, 300 milimeter di wilayah Kansai dan 250 milimeter di wilayah Kanto, sebelum pagi Sabtu. – nasionalkini.my