BANGLADESH, 14 Mei – Kawasan tepi pantai di Bangladesh dan Myanmar hari ini dibadai Taufan Mocha, iaitu satu daripada siklon terkuat tahun ini.
Jabatan Meteorologi Bangladesh menerusi buletin khas memaklumkan, Mocha kini melintasi Cox’s Bazar dan bahagian utara Myanmar.
“Taufan itu dijangka bergerak ke arah lain selepas selesai melintasi kedua-dua kawasan itu,” jelas buletin tersebut seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Taufan Mocha membawa angin kencang berkelajuan 215 kilometer sejam. – nasionalkini.my