in ,

RM20,000 untuk Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan

347255176 656357996310279 4630979279475586600 n
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra bersama anak-anak Pahang pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama-sama Anak-anak Pahang di Jordan dan Haflah Khirrijin Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan di Irbid, Jordan

KUANTAN, 2 Jun – Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan RM20,000 kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan bagi tujuan membiayai program tahunan mahasiswa Pahang di negara itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau bertemu dan beramah mesra dengan anak-anak Pahang yang sedang melanjutkan pengajian di Jordan, hari ini.

“Dalam pertemuan ini saya turut menyerahkan sumbangan khas USD100 atau RM460 kepada setiap pelajar bagi menampung perbelanjaan mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum itu beliau hadir dalam Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama-sama Anak-anak Pahang di Jordan dan Haflah Khirrijin Badan Kebajikan Mahasiswa Pahang Jordan di Irbid, Jordan.

Jelasnya lagi, lawatan ini juga diadakan selepas beliau dan delegasi Kerajaan Negeri Pahang selesai mengadakan lawatan kerja dan bertemu dengan anak-anak Pahang di Universiti Al-Azhar, Mesir sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya melihat anak-anak pelajar di Jordan ini ceria dan sudah boleh menyesuaikan diri untuk meneruskan pembelajaran mereka.

“Saya juga turut menitipkan pesanan agar anak-anak pelajar ini belajar dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya menamatkan pengajian dan apabila pulang semula ke tanahair mereka dapat berbakti kepada masyarakat, negara dan juga negeri Pahang,” katanya. – nasionalkini.my

HM2505tau 1684983589

140,000 orang diarah berpindah di Jepun akibat Taufan Mawar

348307830 1332442664288996 887775723389513585 n

Kenderaan dari Singapura potong barisan diarah patah balik