in ,

13 along ditahan bantu siasatan ugut KP Pulau Pinang

f36b46bb 5eb6 4119 bb76 360eb48b8ba1
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menahan 13 suspek yang terdiri daripada pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau along di negeri ini dan sekitar Perak semalam berhubung sepucuk surat amaran dan ugutan jenayah yang diterima Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Surat ugutan itu dibuat bagi mendesak agar Polis Pulau Pinang menghentikan tindakan agresif memerangi sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen di negeri ini.

Kok Chin berkata, kesemua mereka ditahan kurang daripada 24 jam sejak operasi khas dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.

“Kita telah menubuhkan pasukan petugas khas untuk memerangi kegiatan sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau ah long di negeri ini. Polis Pulau Pinang akan melancarkan operasi besar-besaran membanteras kegiatan ah long secara berterusan di negeri ini.

“Sebanyak 28 pasukan terdiri daripada 112 pegawai dan anggota polis membabitkan Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang terlibat dalam operasi khas ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok Chin berkata, operasi besar-besaran dalam memerangi kegiatan sindiket pinjaman wang haram ini akan diadakan secara berterusan dan polis tidaak akan berkompromi terhadap kumpulan ah long yang terlibat. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 06 at 2.42.56 PM

Cederakan isteri, ugut bunuh kerana tolak ajakan seks

352147557 1223046761722366 3665014997245914402 n

Kabinet setuju tubuh JPKKP di Terengganu