in ,

Kabinet setuju tubuh JPKKP di Terengganu

352147557 1223046761722366 3665014997245914402 n
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said

Oleh : Adnan Mohamad

SETIU, 6 Jun – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) akan diwujudkan membabitkan 1,046 buah kampung di Terengganu bagi memastikan ia menjadi sebuah institusi yang lebih elektif dan efisien untuk pembangunan kampung dalam masa terdekat ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Said berkata, pelantikan Pengerusi JPKKP serta ahli jawatankuasanya akan dilakukan secepat mungkin

Beliau berkata, jemaah menteri Kerajaan Perpaduan yang bermesyuarat baru-baru ini telah bersetuju menubuhkan JPKKP bagi menguruskan pembangunan serta pentadbiran di peringkat kampung di negeri ini di bawah kerajaan pusat.

“Kita kalau boleh perlantikan JPKKP akan dilaksanakan dengan segera bagi menguruskan segala bantuan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat di negeri ini termasuk bantuan mangsa banjir yang belum diagihkan di daerah terbabit

“InsyaAllah, saya akan berjumpa dan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang masalah ini,” katanya ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Negeri Ke-15 UMNO Bahagian Setiu di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Setiu, di sini, malam tadi.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Nik Diri Nik Wan Ku, Setiausaha UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad selaku bapa angkat UMNO Bahagian Setiu. – nasionalkini.my

f36b46bb 5eb6 4119 bb76 360eb48b8ba1

13 along ditahan bantu siasatan ugut KP Pulau Pinang

gfhj4444 1686035233

Mayat kanak-kanak lemas ditemukan