PEMINAT kopi Vietnam tidak lagi perlu ke negara itu untuk menikmati rasa kopi asli dari sana.
Usaha dua anak muda ‘membawa’ Vietnam ke bandar raya ini perlu diberi perhatian.
Fahmi Ghani dan Farhan Kamarulzaman mula memperkenalkan kopi cara Rumah Healing kepada penggemar kopi Vietnam sejak Mac lalu.
Mereka memulakan perniagaan itu menggunakan konsep ‘pop-up store’ di Kompleks Teruntum sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan perniagaan secara dalam talian.
“Pada awalnya kami beroperasi di (Kompleks) Teruntum, tapi selepas beberapa ketika kami buat keputusan untuk menjual kopi ‘Rumah Healing’ secara dalam talian saja.
“Proses pembuatan kopi termasuk pemilihan resepi dan ramuan kami lakukan sendiri di rumah sebelum membotolkan kopi itu untuk pasaran.
“Sambutan diterima sangat menggalakkan dan kebetulan kena dengan masa, kerana jumlah peminat kopi semakin bertambah di Kuantan,” kata Farhan kepada nasionalkini.my.
Sementara itu, Fahmi memaklumkan niat utama mereka mencipta jenama ‘Rumah Healing’ itu sendiri berdasarkan pengalaman sendiri yang mencari ketenangan dan sudut untuk melepaskan ketegangan akibat rutin harian.
“Kita memerlukan sesuatu benda baru, satu kelainan supaya jenama dan produk itu mudah diingati orang ramai.
“Jadi kami pilih nama ‘Rumah Healing’ supaya ia melekat di hati pelanggan dan seterusnya mewarnai ‘scene’ pencinta kopi di Kuantan,” katanya.
Peminat kopi Vietnam boleh melayari laman Instagram https://instagram.com/rumahealingktn?igshid=MmIzYWVlNDQ5Yg== untuk menempah dan membeli kopi ditawarkan dua anak muda ini.
Kopi dari ‘Rumah Healing’ didatangkan dengan dua perisa istimewa – Kopi Healing (RM5) dan Coklat Ais Healing (RM6) yang diadun sendiri oleh Farhan dan Fahmi. – nasionalkini.my