in

Janna Nick – Dini Schatzmann kini suami isteri

IMG 20230610 WA0004
Dini dan Janna dinikahkan oleh bapa Janna, Muner Abdullah

Oleh Hajidah Miharbi

LANGKAWI, 10 Jun – Pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pagi tadi.

Dengan sekali lafaz, Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, tepat pukul 8.35 pagi

Dini dan Janna dinikahkan bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

IMG 20230610 WA0005
Janna menerima mas kahwin RM2,703 pada hari pernikahannya

Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Jumlah mas kahwin itu adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.

Majlis mendapat sentuhan rekaan The Calla dihadiri ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli itu.

Antara rakan artis hadir dalam majlis itu adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.

Pasangan itu kemudiannya diraikan dalam sebuah majlis resepsi berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.

Malam tadi berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan artis serta ahli keluarga kedua mempelai. – nasionalkini.my

IMG 20230524 132710 6 x 4 inch

Penerima rasuah layak dilabel pengkhianat negara

IMG 20230610 134427

Guru disahkan meninggal dunia lepas 6 bulan hilang di Tanah Suci