in

Sultan Nazrin berkenan rai pengamal media

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam meraikan pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar - Gambar oleh Bernama

KUALA KANGSAR, 27 Mei – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bagi meraikan pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2023 di Istana Iskandariah.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, timbalannya Teo Ni Ching, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Roslan Ariffin; Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Antarabangsa yang menanggung tugas Ketua Pengarang Bernama, Jamaluddin Muhammad dan Ketua Penyiaran TV dan Radio Bernama, D Arul Rajoo.

Turut serta dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman; Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Media Prima, Kamarudin Mape; Ketua Pengarang Astro Awani Ashwad Ismail dan Pengarang Urusan Kumpulan dan New Straits Times Press, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Pengamal media asing turut diraikan termasuk Ketua Pengarang The Jakarta Post, M Taufiqurrahman; Pengarah Urusan Singapore Press Holding, Noor Abdul Rahman; Country Manager AFP, Alric Manickam dan Editor Berita Kanan Philippines News Agency, Pamela Samia.

Ketua Biro Jiji Press, Seiichi Oshima; Koresponden XinHua News Agency, Jonathan Edward dan Ketua Biro Al-Jazeera, Samer Allawy serta Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (Ismawi), Asro Kamal Rokan.

Kira-kira 1,000 pengamal media khususnya wartawan termasuk dari beberapa negara Asean berkumpul di Ipoh bermula hari ini bagi menjayakan sambutan Hawana 2023.

Sambutan itu bertujuan menghargai sumbangan serta jasa golongan berkenaan dalam pembangunan negara, lapor Bernama.

Bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’, pelbagai perancangan diatur untuk fraterniti dan pakar industri media bersempena sambutan Hawana 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga Isnin.

Majlis perasmian akan dihadiri Perdana Menteri, Anwar Ibrahim esok di Hotel Casuarina Meru.

Sambutan Hawana 2023 dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya dikendalikan Bernama kali ini menyajikan pelbagai acara menarik antaranya pertandingan mencari harta karun “Media Hunt Hawana”, kejohanan boling antara media dan Karnival Mini Hawana di Mydin Mall Meru Raya. – nasionalkini.my

Akaun BERSATU tak patut kena beku

Ada orang ajak PAS sertai Kerajaan Perpaduan