in ,

PM harap guru bantu lonjak martabat negara

WhatsApp Image 2023 05 16 at 3.45.56 PM
Anwar menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 pada Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 Ke-52 bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi Madani’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 17 Mei – Perdana Menteri merayu warga pendidik di negara ini diberi kesempatan dan membantu kerajaan dalam membangkitkan semangat rakyat mengharumkan nama negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dengan kekuatan bahasa, sastera, budaya, nilai akhlak dan teknologi, komitmen para guru mampu membawa negara ke arah masa depan yang lebih cerah di masa hadapan.

“Saya datang mewakili pimpinan kerajaan merayu kepada saudara-saudara untuk beri kesempatan baharu, lonjakkan semangat, kita angkat negara ini.

“Dengan kekuatan bahasanya, sasteranya, budayanya, nilai, akhlak dan teknologinya diangkat sebagai satu negara hebat di rantau kita (dan) saya yakin insyaAllah, kalau guru-guru ini komited sepertimana saudara lakukan, tingkatkan sedikit, saya percaya masa depan kita akan cerah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Perdana Menteri dalam ucapannya turut meminta Kementerian Pendidikan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyuntik kembali semangat anak-anak muda meminati subjek sains dan teknologi.

Ini kerana dalam laporan terakhir diterimanya, memaklumkan kumpulan itu kurang meminati subjek berkenaan terutama yang tinggal di kampung dan golongan miskin bandar.

“Saya telah minta Menteri Pendidikan adakan pasukan khas untuk mencari jalan menyuntik semula semangat anak-anak supaya bukan sahaja dididik sebagai manusia tetapi juga diberikan bimbingan tentang cabaran dan disiplin baharu dalam bidang teknologi baharu dan sains,” katanya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 16 at 3.24.18 PM

Bintai Kinden umum pelantikan baharu selepas pengarah berusia 24 tahun letak jawatan

347105480 1256050158636928 5235515207692880000 n

50 peratus masalah air selesai 7 tahun lagi