in

Muzium Naning dibaik pulih, usaha menuju TMM2024

muzium
Zulkiflee (kiri) mendengar penerangan mengenai proses menaik taraf Muzium Warisan dan Sejarah Naning, di Taboh Naning, Alor Gajah empena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Oleh Yusuf Shafie

ALOR GAJAH,  23 Julai – Kerajaan negeri sedang menaik taraf Muzium Warisan dan Sejarah Naning, di Taboh Naning di sini, untuk dijadikan antara tarikan pelancongan adat sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin berkata, bagi keselamatan dan keselesaan pelancong kerja-kerja membaik pulih telah dilakukan dan dikendalikan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) demi keselamatan dan keselesaan pelancong.

“Antara kerja pembaikan dilakukan adalah membabitkan infrastruktur dan hiasan dalaman kerana ia adalah salah satu daripada produk pelancong adat bagi menyingkap sejarah Naning dan kisah Dol Said pada masa lalu.

Muzium Warisan Sejarah Naning 20 1
Adat Penghulu Naning yang dipamerkan di Muzium Warisan dan Sejarah Naning

“Saya melihat terdapat beberapa pembaikan telah  dilakukan termasuklah pada bahagian lantai, pameran sejarah dan lain-lain menjadikannya berwajah baharu untuk pelancong,” katanya selepas mengadakan lawatan di muzium tersebut.

Muzium Warisan Sejarah Naning 15
Pengunjung berpeluang memahami sejarah Naning yang dipamerkan di muzium berkenaan

Tambahnya, selain Muzium Naning, terdapat beberapa lagi produk pelancongan di kawasan tersebut boleh diketengahkan antaranya Air Panas Cherana Putih dan Perkampungan Orang Asli Bukit Payung.

“Semua tempat-tempat menarik ini akan terus diberikan nafas baharu sebagai persediaan kita memastikan TMM2024 dapat memberikan pengalaman baharu kepada pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya. – nasionalkini.my

sasd

PH pertaruh penyanyi rap Altimet di Lembah Jaya

20221114 altimet his fb

Empat mayat mangsa bot terbalik ditemukan Maritim Malaysia di perairan Sabah