in

3 sekeluarga nyaris maut langgar kerbau

Kenderaan jenis Perodua Myvi yang digunakan mangsa rosak teruk di bahagian hadapan dalam kemalangan membabitkan haiwan ternakan di Jalan Pekan-Kuantan, pagi tadi

Oleh AD Zafir

PEKAN, 28 Jun – Tiga sekeluarga nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka merempuh sekumpulan kerbau di Kilometer 15 Jalan Pekan-Kuantan, dekat sini, kira-kira jam 8.46 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Wan Mohamad Zaki Wan Abd Raman, 28 bersama isteri, Nur Izzati Zamri, 27 dan anak mereka, Wan Nur Zia Nafiza, 2 tahun.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Johor menghala ke Kelantan.

Menurutnya, berdasarkan laporan awal apabila sampai di tempat kejadian, sekumpulan empat ekor kerbau itu melintas dari arah kiri ke kanan jalan.

“Pemandu kereta cuba menggelak namun terlanggar tiga ekor daripada kumpulan kerbau itu,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi berkata, kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan serius.

Jelasnya lagi, namun begitu kereta jenis Produa Myvi dipandu mangsa mengalami kerosakan dan kemek di bahagian hadapan.

“Siasatan mendapati kejadian kemalangan tersebut berpunca daripada binatang ternakan yang melintas jalan,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

‘Dapat panggilan menyedihkan ketika tunggu suami balas mesej’

IMG 20230628 WA0047

Maklum polis jika mahu anjur perhimpunan sebelum tempoh penamaan calon