in ,

PASFA perlu pelbagaikan tanaman tidak tertumpu kepada kelapa sawit

375978252 868264657990707 1318831159913942135 n
Wan Rosdy (tengah) pada Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur pada malam Selasa.

KUANTAN, 14 Sept. – Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) perlu mempelbagaikan tanaman dengan tidak hanya memberi tumpuan kepada penanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan pertubuhan itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perubahan cuaca telah mengakibatkan bekalan makanan terjejas dengan itu PASFA boleh memainkan peranan dengan menanam pelbagai tanaman sayuran dan buah-buahan bagi memenuhi keperluan makanan rakyat.

“Pasfa dilihat sebagai sejarah penting kepada industri pertanian negeri ke arah usaha peningkatan taraf hidup dan kedudukan sosioekonomi ahli Peladang,” katanya ketika selepas merasmikan Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pahang di Hotel Grand Darul Makmur di sini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa), Datuk Zamri Yaakob.

Beliau mengakui cukup berbangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh Pasfa sepanjang lima dekad ini kerana untuk sampai ke tahap ini, ia bukannya satu usaha yang mudah.

Jelasnya, sudah pastinya banyak cabaran dan rintangan yang terpaksa dilalui oleh Pasfa di awal penubuhan, terutamanya di dalam mengembangkan sektor pertanian dan perladangan di negeri ini.

Sementara itu, Zamri berkata, keahlian Pasfa sejak ditubuhkan pada 1971 kini telah dianggotai seramai 65,391 orang ahli PPK daripada 22 Pertubuhan Peladang Kawasan.

Katanya, Pasfa juga bercadang untuk mengusahakan pelbagai bentuk pertanian dan membuat permohonan tanah di Kuantan, Pekan dan Cameron Highlands bagi tujuan tersebut.

“Cadangan itu turut mendapat jaminan daripada Wan Rosdy yang akan memberi pertimbangan serius terhadap Pasfa kerana ianya selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempelbagaikan perusahaan pertanian bagi memastikan bekalan makanan tidak terjejas,” katanya. – nasionalkini.my

Rugi RM4.4 juta kena scam

Hiasan Petronas 1686141131

PETRONAS BeDigital Bootcamp bantu siswa dapat kerja