in ,

Remaja didakwa buat aksi ‘wheelie’ bersama isteri

whatsappimage2023 04 28at103501
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan melakukan aksi 'wheelie' semasa menunggang motosikal pada 1 Syawal lalu

Kota Bharu, 30 April – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan melakukan aksi ‘wheelie’ semasa menunggang motosikal pada 1 Syawal lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh didakwa menunggang motosikal jenis Honda C100B dengan cara mengangkat tayar hadapan yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini pada jam 12 tengah hari, 22 April lalu.

Pertuduhan terhadap buruh kasar tersebut dibuat di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum bawah peruntukan sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh maksimum lima tahun dan denda minimum RM5,000 sehingga RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad, manakala remaja tersebut diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kelantan, Nor Zaimah Mohamed.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin berjumlah RM900 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Jun ini bagi mendapatkan laporan akhlak. – nasionalkini.my

Untitled design 11

Shahidan tiada dalam senarai calon PRN Selangor

diesel

Op Tiris: 2,730 liter diesel dirampas