in ,

Shahidan tiada dalam senarai calon PRN Selangor

Untitled design 11

KUALA LUMPUR, 30 April – PAS Selangor mengesahkan nama Datuk Seri Shahidan Kassim tiada dalam senarai calon parti tersebut sebaliknya mengutamakan anak jati negeri itu sahaja pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tiada perbincangan berhubung meletakkan nama Ahli Parlimen Arau itu sebagai calon berikutan PAS telah menyenaraikan semua pendek calon yang akan diletakkan di negeri tersebut.

Roslan Shahir
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, tiada sebarang perbincangan berhubung meletakkan nama Ahli Parlimen Arau

“Setakat ini, calon yang disenarai pendek PAS Selangor adalah dalam kalangan anak jati negeri ini sahaja.

Tiada perbincangan untuk meletakkan Shahidan, bagaimanapun, di peringkat Pusat kami tidak tahu jika ada cadangan untuk meletakkannya sebagai calon di mana-mana kerusi DUN untuk PRN akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut, Roslan menegaskan pembahagian kerusi DUN Selangor antara PAS, Bersatu dan Gerakan sudah hampir selesai dan akan memperkenalkan calon setelah senarai tersebut mendapat ‘lampu hijau’ daripada kepimpinan tertinggi PAS.

“Hanya ada dua atau tiga kerusi belum dimuktamadkan. Kami bersepakat menyerahkan keputusan kepada PAS pusat untuk menyelesaikannya,” katanya.

Pas Selangor 1 1
Pembahagian kerusi DUN Selangor antara PAS, Bersatu dan Gerakan sudah hampir selesai

Roslan pada masa sama memaklumkan, pihaknya mengambil maklum bahawa Shahidan ada menawarkan diri sebagai calon, malah, memberi jaminan untuk menyokong jika kepimpinan parti berpandangan ia boleh membantu memberi kemenangan dalam PRN akan datang.

Shahidan juga turut memberi bayangan akan melibatkan diri dalam usaha Perikatan Nasional (PN) merampas pentadbiran Selangor dari Pakatan Harapan (PH).

Shahidan sebelum ini memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang agenda untuk merebut jawatan tetapi mahu menggunakan pengaruhnya untuk membina “gelombang yang dahsyat” untuk PN di Selangor. – nasionalkini.my

shaidan 11
Shahidan memberitahu tidak mempunyai sebarang agenda untuk merebut jawatan tetapi mahu menggunakan pengaruhnya. Foto: Facebook Shahidan Kassim

ezgif.com webp to jpg 5 1

UniSHAMS tawar peluang sambung belajar kepada pelajar terkesan konflik Sudan

whatsappimage2023 04 28at103501

Remaja didakwa buat aksi ‘wheelie’ bersama isteri