in

Polis siasat akaun palsu guna nama Che’ Puan Besar Khaleeda

Gambar tular akaun Facebook menggunakan nama isteri Tengku Mahkota Johor yang dipercayai palsu

JOHOR BAHRU, 27 Julai – Polis Johor menjalankan siasatan terhadap satu akaun Facebook menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam yang dipercayai palsu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima laporan polis dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun pada jam 3.19 petang semalam.

“Pengadu mendapati satu akaun Facebook menggunakan nama ‘YAM Che’ Puan Besar Khaleeda’ itu adalah akaun palsu.

“Dalam hantaran akaun itu terdapat catatan menggambarkan seolah-olah Che’ Puan Besar Khaleeda mempromosikan pendingin hawa dari Jepun,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini, lapor BH.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Pada masa sama, Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.- nasionalkini.my

Pemilik stesen minyak langgar arahan terima padah

Penjawat awam dapat RM300, pesara RM200