in

Lelaki ditahan muat naik hantaran hasutan terhadap Agong

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Seorang lelaki ditahan selepas memuat naik hantaran berunsur hasutan ke atas Yang di-Pertuan Agong menerusi laman sosial Facebook.

Suspek berusia 43 tahun itu ditahan di Bera, Pahang hari ini susulan muat naik menggunakan akaun atas nama @SamBanjar Perak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, suspek memuat naik hantaran berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.- nasionalkini.my

moh amar kelantan

Mohd Amar yakin pentadbiran baharu Kelantan akan lebih cerah

mayat

Hilang tiga hari, mayat suami ditemui dalam longkang