in ,

Polis buru tiga suspek curi tabung masjid

WhatsApp Image 2023 05 03 at 2.13.17 PM 1
Rakaman CCTV menunjukkan pelakuan suspek dalam kes kecurian tabung masjid yang tular di media sosial.

PETALING JAYA, 3 Mei – Polis sedang memburu tiga lelaki selepas disyaki mencuri duit tabung di sebuah masjid di SS7, Kelana Jaya, di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada petugas masjid tersebut pada jam 7.30 pagi.

“Pengadu mendapati tabung masjid yang berada di pekarangan masjid telah tiada ketika dia bersama jemaah selesai menunaikan solat Subuh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengadu telah membuat semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati tiga suspek lelaki telah masuk ke dalam kawasan masjid.

“Suspek menggunakan pemotong besi dan melarikan tabung masjid tersebut, anggaran kerugian yang dialami oleh masjid tersebut kira-kira RM400.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya. – nasionalkini.my

FB IMG 1682693178696

Agong, Raja Permaisuri berkenan hadiri istiadat pertabalan Raja Charles III

344803473 140518448994134 5468606302445001223 n 1

Julea Qiestyna peroleh markah ACCA kedua tertinggi di dunia