in ,

Julea Qiestyna peroleh markah ACCA kedua tertinggi di dunia

344803473 140518448994134 5468606302445001223 n 1

IPOH, 3 Mei – Pelajar Fakulti Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Julea Qiestyna Abu Zar mengharumkan nama negara apabila memperoleh markah kedua tertinggi di dunia dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Pelajar berusia 19 tahun itu memperoleh keputusan berkenaan bagi kertas peperiksaan ‘Recording Financial Transactions (FA1)’.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi UITM Perak, Julea Qiestyna telah menjalani peperiksaan berkenaan pada sesi Mac yang lalu.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Julea Qiestyna berkata, beliau tidak menyangka berjaya mendapat markah sebanyak itu kerana persediaan yang dibuat untuk menghadapi peperiksaan itu sama seperti rakan-rakan yang lain.

“Apa pun memang saya bangga kerana menjadi rakyat Malaysia pertama dan yang kedua di dunia memperoleh markah tinggi seperti itu,” katanya yang merupakan pelajar semester kedua.

Ditanya mengenai petua kejayaan itu, Julea Qiestyna dengan rendah diri memberitahu tidak ada amalan tertentu yang dilakukan sebaliknya menasihati rakan-rakan supaya tekun belajar. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 03 at 2.13.17 PM 1

Polis buru tiga suspek curi tabung masjid

WhatsApp Image 2023 05 03 at 9.00.01 AM

Siti Bainun jalani hukuman penjara bermula hari ini