in

4 doktor antara ditahan palsu sijil kelahiran

20230602 092923
Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 8 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 orang individu termasuk empat doktor perubatan swasta selain dua pegawai agensi kerajaan dan enam orang awam ekoran dipercayai terlibat aktiviti memalsukan dokumen sijil lahir bagi mendaftarkan anak angkat.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 42 hingga 81 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6 petang dalam satu serbuan berasingan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang.

Katanya, pemohon iaitu orang awam akan membayar wang rasuah sama ada secara peribadi atau menerusi orang tengah kepada doktor di klinik tertentu bagi mendapatkan surat pengesahan kelahiran palsu.

“Difahamkan doktor tertentu akan menandatangani borang kelahiran bagi mengesahkan kelahiran pemohon di klinik berkenaan walaupun ianya tidak berlaku.

“Kemudian dengan pengesahan tersebut, pemohon atau orang tengah akan menguruskan pendaftaran kelahiran dan sekiranya terdapat keraguan pihak berkaitan, mereka akan memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan tidak dapat diproses dan perlu menunggu tindakan lanjut.

“Kaunter agensi kerajaan kemudian akan merujuk permohonan ini ke Bahagian Siasatan Khas untuk dibuka fail siasatan,” katanya kepada KOSMO.

Jelas sumber lagi, pemohon atau orang tengah kemudiannya akan cuba berurusan dengan pegawai agensi kerajaan bagi mendapatkan status permohonan.

“Sekiranya permohonan ditolak atau disenarai hitam, mereka akan menawarkan sejumlah wang rasuah kepada pegawai terlibat untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan itu.

“Difahamkan jumlah bayaran rasuah yang diterima adalah antara RM2,000 hingga RM6,000 bagi setiap kes,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini untuk urusan permohonan reman,” katanya. – nasionalkini.my

Hiasan Petronas 1686141131

PETRONAS tambah pengeluaran harian

IMG 20230608 082740 6 x 4 inch

Mat Salleh juara pertandingan lembu sado Utara