in

Mat Salleh juara pertandingan lembu sado Utara

IMG 20230608 082740 6 x 4 inch
Mat Salleh muncul juara bagi kategori King of Sado Charolis sempena Himpunan Lembu Sado Utara 2.0 di Padang Besar, Perlis baru-baru ini - Gambar oleh Sinar Harian

PADANG BESAR, 8 Jun – Seekor lembu jantan dari baka Charolis seberat 1,009 kilogram muncul juara keseluruhan Himpunan Lembu Sado Utara 2.0 yang diadakan baru-baru ini.

Pemilik lembu berkenaan, Mohd Khairul Anuar Mohd Nawi, 36, berkata, lembu kesayangannya itu turut memenangi kategori King of Sado Charolis pada pertandingan berkenaan.

Katanya, lembu yang diberi nama Mat Salleh itu dijaga sejak ia dilahirkan di ladang ternakannya di Jalan Kem Rimba Mas di sini empat tahun lalu.

“Saya mula bawa Mat Salleh sertai pertandingan pada tahun lalu ketika Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perlis, masa tu pun dia dapat juara.

“Tahun ini saya cuba nasib bawa Mat Salleh masuk peringkat utara mewakili Perlis, tak sangka pula kali ini menang besar,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Menurutnya, pertandingan itu bukan yang terakhir buat Mat Salleh kerana dia masih ‘mengintai’ peluang-peluang lain di masa hadapan.

“Insya-ALLAH kalau ada peluang lagi, saya teringin juga nak bawa lembu kesayangan ini ke pertandingan yang lebih besar seperti peringkat kebangsaan.

“Setidak-tidaknya boleh juga kumpul pengalaman dan jumpa rakan-rakan dalam bidang yang sama,” katanya.

Khairul Anuar berkata, dia turut mempunyai lima ekor lagi lembu daripada baka yang sama di ladang ternakannya.

“Saya memang minat lembu jenis baka hybrid ini, mungkin ke depan nanti saya nak cari baka lain pula,” katanya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

20230602 092923

4 doktor antara ditahan palsu sijil kelahiran

IMG 20230608 102355 6 x 4 inch

10,109 calon SPM lulus cemerlang