in

Tan Sri hutang puluhan juta – Aliff Syukri

IMG 20230703 005828 800 x 500 pixel
Datuk Seri Aliff Syukri

PETALING JAYA, 3 Julai – Usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa seorang bekas menteri bergelar Tan Sri berhutang puluhan juta dengannya.

Tuntutan supaya Tan Sri itu menjelaskan hutang dibuat secara terbuka selepas usaha dia menghubungi bekas menteri itu sehingga hari ini menemui jalan buntu.

Aliff Syukri turut memuat naik gambar dipercayai bekas menteri berkenaan, namun menutup bahagian mukanya.

“Takkan bekas menteri macam ini. Saya WhatsApp tak balas, waktu nak minta bantuan dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.

“Siapa kenal Tan Sri ni? Minta dia bayar duit saya berpuluh juta. Dia mesti kaya sebab bekas menteri.

“Orang Langkawi mesti kenal, saya minta tolonglah kalau hantaran ini dilihat oleh anak dia atau saudara. Janganlah menzalimi saya,” katanya dalam satu hantaran di Instagram lapor KOSMO.

Bagaimanapun, Aliff enggan menceritakan lebih lanjut berkaitan isu itu.

“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar-sabar sahaja,” ujarnya. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230630 071113 800 x 500 pixel

Kerajaan Johor bantu sekolah, mangsa kebakaran asrama

IMG 20230703 073733 800 x 500 pixel

Apple kini bernilai RM14 trillion