in

Search ‘gegar’ JB November ini

IMG 20230622 133242 800 x 500 pixel
Konsert pada 25 November itu juga akan menyaksikan Search berkongsi pentas dengan sebuah lagi kumpulan rock legenda tanah air - XPDC

Oleh Luth Adwa

ISKANDAR PUTERI, 22 Jun – Johor Bahru menjadi destinasi pertama ‘digegarkan’ kumpulan Search menerusi konsert Search Voyage of Asia yang bermula November ini.

Konsert itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri sebelum terbang ke Sabah (Februari 2024) dan Bandung, Indonesia (Oktober 2024).

Pemain gitar Search, Nordin Mohd Taib atau lebih dikenali sebagai Din berkata, lokasi pertama itu cukup sebati dengan kewujudan band rock legenda tanah air yang mula bertapak di negeri itu.

“Pada konsert November ini, kita akan terus berdamping dengan Denden Gonjalez sebagai vokalis, selain mempersembahkan lagu yang berbeza. 

“Kita tidak mahu asyik bermain lagu sama, sedangkan kita ada banyak lagi lagu ‘hits’ yang lain.

“Kalau dulu, Amy yang pilih lagu dan asyik pilih lagu yang sama sahaja, kita tak mahu seperti itu lagi. 

“Kita mahu penonton disajikan dengan pengalaman berbeza dan persembahan yang memukau, itu janji kita,” katanya dalam sidang akhbar di Hard Rock Cafe, Puteri Harbour di sini.

Konsert pada 25 November itu juga akan menyaksikan Search berkongsi pentas dengan sebuah lagi kumpulan rock legenda tanah air, XPDC.

Konsert itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri sebelum terbang ke Sabah (Februari 2024) dan Bandung, Indonesia (Oktober 2024).

Ia adalah tribute bagi kumpulan XPDC yang kehilangan penyanyinya, Syed Ismail Syed Ibrahim atau dikenali sebagai Mail yang meninggal dunia pada 27 April lalu dan posisi itu diisi oleh Ary Fahrenheit sebagai vokalis yang baharu.

Penganjur konsert Search Voyage of Asia, Adib Abdullah berkata, tiket mula dijual 7 Julai ini secara dalam talian dan fizikal semasa jerayawara yang akan dijalankan di negeri ini.

Jelasnya, harga tiket ditawarkan terbahagi kepada empat kategori, iaitu VIP, Rock, Legenda dan Voyage bermula dari RM158 hingga RM608. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230622 124851 800 x 500 pixel

Ibu harap kes kemalangan maut dua anaknya selesai segera

scam phone1 1665551071

Warga emas rugi RM79,990 ditipu Phone Scam