in

Persalinan putih jadi simbolik, Puteri Sarah masih menanti pengakhiran

44282B29 A8F1 402E A0C3 CD6DB65235BC 1536x1061 1
Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Harapan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin untuk dilepaskan oleh Syamsul Yusof pada prosiding lafaz cerai hari ini tidak kesampaian apabila mahkamah menangguhkan kes pada 25 Mei ini.

Puteri Sarah, 38, berkata, beliau tidak sabar untuk dilepaskan daripada ikatan perkahwinan dengan pengarah filem popular itu.

Puteri Sarah yang mengenakan pakaian serba putih nyata hampa kerana masih belum berpeluang untuk memulakan ‘hidup baharu’.

“Saya harap Syamsul akan mengotakan janjinya untuk melafazkan cerai untuk membolehkan saya hidup lebih tenang.

“Saya tak sabar dan gembira. Saya nak teruskan hidup baharu, tolong doakan Syamsul lepaskan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas simbolik pemakaian pakaian serba putihnya, Puteri Sarah berkata dia sudah bersedia untuk membina hidup baharu dan tidak lagi menganggap perpisahan sebagai sesuatu kesedihan.

“Selalu orang pergi mahkamah pakai baju hitam, sangat depresi tetapi saya gembira, ini baju baru.

“Warna putih sebagai tanda permulaan hidup baru buat saya kalau Syamsul lafazkan cerai,” katanya.

Bagaimanapun, Syamsul ketika berdepan dengan media tidak mengulas mengenai keputusannya sebaliknya meminta media dan peminat menunggu sehingga episod terakhir.

“Kita tengoklah macam mana kisah ini akan pergi,” ujarnya.

Pada 18 April lalu, mahkamah memutuskan untuk menetapkan prosiding kes lafaz cerai Syamsul terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah hari ini.

Terma-terma penyelesaian juga akan dimaklumkan pada hari ini yang merangkumi isu hadanah, nusyuz, mutaah, nafkah, idah dan harta sepencarian.

Fadhlina Sidek bernama

Keputusan STAM 2022 catat peningkatan

koci 1

Koci Hello Kitty dapat sambutan luar biasa, ramai yang ‘sayang’ nak jamah