KUALA LUMPUR, 12 Jun – Pengarah muda terkenal, Syamsul Yusof kembali menjadi perhatian di media sosial apabila kenderaan mewah kesayangannya, Lamborghini yang dipandu tiba-tiba ‘buat hal’ di tepi jalan.
Kejadian berkenaan menjadi tular di media sosial selepas kereta kuning keemasan milik suami aktres, Puteri Sarah itu mengeluarkan kepulan asap tebal ketika dalam kesesakan jalan raya.
Ketika kejadian Syamsul masih berada di dalam kenderaan bersama seorang lagi rakannya yang dipercayai menghala ke arah pusat bandar di sekitar Bukit Bintang.
Namun menerusi perkongsian di aplikasi TikTok @syaza, menunjukkan Syamsul dalam keadaan tenang dan cuba mencari punca kerosakan kereta kesayangan.
Dalam pada itu, terdapat warganet yang berkongsikan rakaman video dipercayai waktu terakhir sebelum kenderaan mewah itu terbakar.
Malah, kelihatan beberapa peminat pengarah muda itu tidak melepaskan peluang berselfie dengan kereta mewah itu ketika berdepan kesesakan jalan raya di pusat bandar.
Mungkin teruja melihat kereta mewah yang dimiliki pengarah kontroversi itu,menyebabkan ramai mengambil peluang untuk berselfie.
Menjengah ke ruangan pelbagai komen yang ditinggalkan kepada pengarah muda tersebut sama ada yang positif dan sebaliknya. – nasionalkini.my