in

Spritzer kerjasama TudungPeople hasilkan tudung daripada botol plastik yang dikitar semula

tudung 4 1
Koleksi eksklusif yang dihasilkan daripada botol minuman Spritzer yang dikitar semula .

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Seolah tidak percaya apabila sehelai  tudung dihasilkan  daripada botol-botol  plastik yang dikitar semula.

Tapi itulah realitinya yang berlaku hari ini apabila syarikat minuman terkenal, Spritzer menggunakan inisiatif kelestarian dan bekerjasama dengan TudungPeople bagi menghasil helaian tudung eksklusif edisi terhad ini.

Menariknya, koleksi eksklusif edisi terhad yag dinamakan Hutan Hujan ini  sudah berada di pasaran mulai 24 Mei lalu  dengan menampilkan lebih 100 reka bentuk dan cetakan yang menggunakan lapan botol plastik yang dikitar semula.

tudung 3
Imej flora hutan menjadikan TudungPeople yang dihasilkan daripada botol yang dikitar semula kelihatan ekslusif dan mewah.

Lebih hebat bukan sahaja tudung eksklusif yang berjaya direka menggunakan inisiatif kelestarian syarikat berkenaan tetapi juga scrunchie (pengikat rambut) yang dihasilkan menggunakan imej flora hutan yang disesuaikan menggunakan warna yang menenangkan iaitu biru firus dalam latar belakangnya.

Tudung buatan TudungPeople vs Spritzer eksklusif ini dijual pada harga RM179, manakala pengikat rambut  yang lain daripada kebiasaan ini pula dijual  pada harga RM25 atau set pada harga RM184.

Spritzer kini terus mengorak langkah  ke arah yang lestari dengan pelbagai inisiatif dan bagi menggalakkan amalan kelestarian.

Kini syarikat itu juga mendorong kesedaran tentang kepentingan air bersih dalam kehidupan seharian dan bagaimana persekitaran yang bersih adalah penting kepada sumber air.

Inisiatif berkenaan bagi  menggalakkan orang ramai membayangkan apa lagi botol plastik boleh digunakan.

WhatsApp Image 2023 06 06 at 4.14.28 PM

Kenderaan Pos Malaysia bawa surat, barang pos terbakar

anne 1 1

Anne Ngasri berguru dengan kakak sendiri hasilkan filem sulung